Saturday, April 27, 2013

Ayah dan Mak

Assalammulaikum...

Tetibe pulak rasa sayu malam ni. Rasa rindu sangat-sangat kat mak ayah kat kampung. Lama tak jumpa dorang. Jadi post malam ni sekadar luahan rasa rindu aku terhadap parents aku. Dorang je lah pengarang jantung hatiku. Hidup aku complete walaupon aku tak sebijak, sekaya, dan secantik orang lain dengan kehadiran dua insan yang paling aku sayang ni...

Teringat time kecik- kecik. Aku punye prangai punyelah nakal. Kalah budak laki. Agaknye memang spesis hyper active. Memang tak reti dok diam. Kalau tak nakal, aku buat prangai lain. Menangis, mengamuk dan merajuk sehari suntuk. Lagi satu habit aku time-time kecik dulu, aku malas nak g ngaji quran. Padehal rumah tok guru aku depan rumah je. Slagi tak kena piat telinga ngan mak memang aku takkan pegi.

Nak dijadikan cerita,hari tu aku g la jugak blaja ngaji ngan hati memberontak. Siap hentak-hentak kaki lagi. Kebetulan tok guru aku tu lambat ajar aku. Dekat dua jam aku tunggu. Balik rumah ape lagi, mula la mengamuk cam masuk hantu. Mak aku tegur lagi aku naek angin. Mengamuk-ngamuk sambil tendang pintu bilik. Just wondered, kenapalah setan sangat perangai aku dulu? (sobs,sobs, menangisi dosa lampau). Datanglah ayah aku tanya kenapa mengamuk. Aku pon menjerit sambil cakap bodoh kat tok guru aku. Ayah aku ape lagi, terus amek rotan dan rotan aku. Teruk gak aku kena hari tu. Sampai sekarang rasa pedih lagi.

Ayah aku memang pantang kalau buat prangai kuang ajar dengan orang lain tambah- tambah kalau ngan cikgu tak kisah dia ajar ape pon. Bagi dia, cikgu selalu betul dari aku. Ape- ape keadaan pon aku taleh derhaka ngan dorang. Sampai sekarang aku apply benda tu dalam hidup aku. Walaupon aku ni tergolong dalam categori pelajar yang kurang rajin ( bukan malas ok), tapi aku tak pernah lawan cakap mane2 guru sepanjang zaman persekolahan aku. Thanks ayah!

Time skolah rendah dulu aku ada asma, boleh kata kronik jugak la. Selang minggu je aku sihat, pastu sakit balik. Kalau kena time teruk, dekat sebulan aku tak g skolah. Aku start kena masa darjah 1. Time tu skolah ktorang ade hari sukan. So, dekat sebulan jugak lah ade latihan sukan. Disebabkan terlalu letik agaknye, malam lepas hari latihan tu aku sesak nafas. Muka jadi biru (bukan avatar ok).Mak aku dah panik time tu. Tetibe je jadik camtu. Pastu benda tu melarat jadi asma.

Bile aku sakit mak aku lah yang paling susah hati. Biasanya orang asma ni, dia taleh tido dalam posisi kepala rendah dari dada. So, semalamanlah mak aku pangku aku biar aku dapat tido :'(. Kesian mak, dia taleh tido sebab aku. Bukan sehari dua. Tapi berhari-hari camtu. Ada kalanya,asma aku jadik lagi teruk. Sampai taleh nafas langsung. Terpaksa ayah bawak aku g hospital malam-malam time aku sakit. Stay kat wad sampai aku okey.

Kesian ayah ngan mak, walaupon dorang banyak berkorban demi aku tapi aku still susah nak dengar nasihat dorang. Ayah memang strict ngan aku. Nak berkawan pon ade limit. Kawan-kawan aku mesti suma pompuan dan die mesti kenal ngan sape aku berkawan. Hidup aku memang kenal rumah ngan sekolah je. Tak pernah melepak, melencong ngan kawan-kawan. Habis sekolah balik. Tambah- tambah kalau ngan budak laki, ayah memang tak bagi berkawan langsung. Apetah lagi berkapel-kapel. Memang kena parang la kalau ayah tahu aku buat camtu

Disebabkan tulah, aku rasa macam ayah tak sayang kat aku. Dalam adik-beradik aku, ayah paling garang ngan aku. Semua tak boleh. Nak kena dengar cakap dia je. Sampai aku taleh wat keputusan sendiri. Kakak-kakak aku yang lain takde ayah wat macam tu. Sampailah aku tamat sekolah menengah dan nak sambung masuk asasi. Masa tu lah, aku realized ayah aku memang sayang kat aku. Tu lah kali pertama aku dok jauh ngan family. Sebelum ni, dok asrama pon ayah tak bagi. Dia rela g hantar aku setiap hari ke skolah walaupon sekolah aku jauh ngan rumah. Lepas siap semua urusan pendaftaran, family aku pon siap-siap nak berangkat balik. Tiba-tiba aku cari ayah takde. Cari punya cari, tengok-tengok dia ada kat belakang pagar masuk. Dia dok sorang-sorang kat situ. Aku nampak mata dia berair. Aku g salam dan dia peluk aku sambil menangis. Rupanya dia bimbang nak tinggal aku sorang-sorang kat situ :'(

Ya Allah, takde sape-sape yang faham hati seorang bapa ni sebenarnya, Walau dia marah atau rotan semuanya disebabkan sayang. Bila aku dah besar baru aku faham hakikat tu. Kalau tak kerana ketegasan ayah, aku tak mampu jadi macam ni.Terima kasih ayah dan mak. Terima kasih untuk segalanya. Tak terucap ngan kata-kata. Setiap pengorbanan kalian tak termampu untuk aku balas.

Ya Allah,
Berkatilah dan rahmatilah kedua ibu bapaku,
selamatkan keduanya dari Azabmu di dunia dan akhirat,
berkatilah usia dan murahkanlah rezki ibu bapaku,
Selamatkan perjalanan dan pekerjaan mereka,
Lapangkanlah kehidupan mereka,
Dan kau berikanlah sebaik-baik ganjaran di atas segala pengorbanan mereka.
Jadikanlah aku anak yang solehah dan mampu menjaga keduanya. Ameen Ya Rabbal Alameen

Betul-betul sedih bile tengok gambar ni :(

My greatest gift from Allah.

Tuesday, April 23, 2013

Saya nak Cakap Saya RIndu Dorang je Boleh?

Assalammualaikum

Adoyai, sakit gila kepala kena ujan balik kelas tadi. Lebat kot ujan tadi. Nasib baik tak ribut macam kelmarin. Aku dok belek2 gambar lama dalam laptop tadi. Jumpa la gambar2 lama time skolah dulu. Sumpah rindu giler zaman ni. Rindu sahabat2, sekolah, cikgu2, semualah. Kalau hitung- hitung, zaman ni dah 5 tahun berlalu. Dah tua dah aku sekarang :'(

Teringat kawan-kawan rapat aku dulu. Time suka, sedih, susah, even tak siap kerja sekolah pon kami sentiasa bersama- sama. Ukhuwah sejati tuh..hahaha. Suma dah bawak haluan memasing. Hanis kat uum dah nak grad dah agaknya. Sue kat unisza, ain kat usim. Nik kat uia, eh aku la tu =.=". Kawan bergosip aku tak ramai. Empat orang je. Tapi tak bermakna aku tak kawan ngan budak lain. Kalau nak list semua 4 entry pon tak habis lagi. Jadi kepada 3 orang yang aku mention name ni, korang kena bersyukur tahu?hahahaha. Susah sangat nak jumpa dorang ni. Ni suma salah uia. Uia pulak disalahkan. Nilah sebab kasik cuti tak sama ngan u lain. Protes ni protes !

Dalam ramai-ramai ni, takde sorang pon yang dah kawin. Oh Tuhan, kenapalah aku dapat kawan ngan spesis jual mahal ni? Takde chance lansung nak jadi pengapit! Takkan korang nak tunggu aku tua kerepot dulu baru nak offer aku jadi pengapit (merintih dalam kesedihan). Sedih pedih..hahahahaha. Tapi takpe, aku boleh wat list hadiah ape yang aku nak bagi time korang kawin nanti. Dalam list aku sekarang ni ade tudung saji, alas meja, senduk,pengepit baju and etc. Hah, cumel-cumel kan hadiah yang aku nak bagi tuh.

Teringat crita-crita zaman skolah dulu. Time tu cikgu tak masuk kelas. Jadi selaku ketua forum mengumpat time cikgu tak masuk, meja aku slalu jadi mangsa lepak oleh kaum-kaum yang takde keje. Tetibe soalan hanis memecah kebuntuan ( sebab memasing dah lapar tunggu waktu rehat), "korang nanti nak kawen umor brape?" Dengan konfiden aku jawab, 22. Amek kau, orang lain suma jawab 24, ade 27, dan 29. Termasuk ngan si hanis, dia pon jawab 28 (tak sure. sorry nis. memory otak aku dah corrupted). Memasing suma buat muka konpius macam aku ni tengah kata benda yang sangat tak masuk akal. Lepas tu dorang gelak dan memperkecilkan kewibawaan aku. "Nik, kau kapel pon tak. Mana sempat nak cari calon before umoq 22" komen Ain. Buat Ain, instinct kau memang hebat. Ade sixth sense ke hape? Benarlah ramalan kawan-kawanku. Umoq 22 dah kian berlalu, ku tetap forever alone jua.

Takpe. Aku tak penah sedih meng'alone'kan diri.Hari tu time online fb, hanis tegur aku setelah lama menyembunyikan diri. Dia dah ade someone skrang. Bisow mu nis..hahaha. Tetibe dia ungkit janji kitorang nak cari nama pakwe start ngan huruf "F". Mentang-mentanglah pakwe dia start ngan huruf "F". Aku ni jangankan huruf "F" , tapi semua abjad huruf pon takde tahu. Untonglah kamu kawan. Meh sini aku bagi coki-coki..hahahah

Rindu sangat nak bergosip, melalak dan gaduh ngan korang semua. Kitorang gelak punye dasyat tapi mengamuk lagi dasyat. Tambah kalau aku gaduh ngan Ain. Satu kelas diam dan otomatik jadi pemerhati. Tapi tak sampai sejam okey balik. Hahahahaha. Kawan kawan. Hakikat manusia, kita tetap akan tinggalkan masa lampau kita walaupon kita gila-gila nak kembali ke zaman tu. Yang tinggal adalah memori. Jadi setiap masa kenalah buat prangai yang baik agar memori lampau kita indah untuk dikenang :')

Ni lah ain sue ngan hanis

Wassalam

Saturday, April 20, 2013

Kemana Undi Anda?

Assalammualaikum 

Dalam banyak2 manisfesto PR ni, yang paling aku suke ialah Hapus PTPTN dan berikan pendidikan percume. Ramai dok debate isu pendidikan percuma. Ade yang kata patut ade yang kata tak patut disediakan. Kekgi kalau bagi semua percuma budok2 skolah jadi semakin malas dan tak bersyukur ngan bantuan kerajaan. Tambah beliau lagi, budak2 miskin lagi rajin nak belajar sebab dorang ni telah dimotivasikan oleh kemiskinan dan kekurangan yang dorang alami. Sekali dengar macam logik jugak kan.

Bagi sendiri, aku setuju bila gov allocate financial dorang lebih kat sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang sedia ada masih lagi banyak kekurangan. Macam aku contohnya, aku asal dari sekolah SAR (sekolah agama rakyat). Bagi sape2 yang tak kenal camne la skolah kami ni, sila lah datang melawat kami di kelantan. Dan bile korang dah sampai sana, janganlah korang terkejut sampai terkena heart attack. Ya, sekolah kami sangat Dhaif dan sangat menyayat hati. Kawasan sekolah yang sangat kecik, bangunan sekolah pon dah uzur, dan kelas pon tak banyak. Pernah dulu time kelas tak cukup, kitorang terpaksa pindah kelas kami ke Musolla sekolah dan Bengkel KH. Seksa jangan cakap la. Belajar dalam suasana tak selesa. Facilities yang lain pon tak cukup. Kadang-kadang buku teks pon kena beli sendiri. Sedih kan?

Kadang-kadang ade jugak la suara sumbang yang kata padanlah ngan muka kitorang. Kitorangkan sekolah under pembangkang. Tu pasal gov tak amek peduli. Memang betul. Selama ni, kerajaan negeri yang tadbir sekolah kami. Hasil perbelanjaan pon datang dari dorang. Nasib baik, ade dorang yang nak bela nasib kami sebagai pelajar sekolah agama macam kerajaan negeri Kelantan. Kerana usaha doranglah, martabat sekolah agama naik. Sampai sekarang orang dah kenal dan kagum ngan pelajar dari sekolah bernama Maahad. 

Kalau nak kira, kami pon kena dilayan sama seperti pelajar sekolah menengah biasa. Berhak mendapat hak kami. Yang berbezanya kami cuma belajar agama dan berada di bawah naungan pihak pembangkang. Ape salahnya belajar agama? Sedangkan Islam merupakan agama rasmi. Tidak seharusnya hak pelajar agama ditentang. Kalau nak kata kami salah disebabkan kami berada di pihak pembangkang, kami rasa kami tak salah. Malaysia mengamalkan demokrasi, dan Pas memerintah disebabkan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kelantan. Kuasa dorang legal dari segi undang-undang. Jadi central gov mesti adil. Peruntukan yang dorang berikan kepada kerajaan Negeri Kelantan mesti adil sama seperti peruntukkan yang diberikan kepada negeri yang diperintah pihak kerajaan. Peruntukkan yang diberikan oleh central gove tulah yang akan digunakan untuk membaiki dan menampung perbelanjaan sekolah kami. 

Hah, emo kan bunyinya. Aku pernah merasa jadi patutlah aku jadi emosi sangat. Aku dah tinggalkan zaman sekolah dan sekarang turn adik2 aku pulak berjuang sebagai pelajar agama. Bagi aku, hak adik2 aku yang tengah belajar sekarang harus dibela dan dipertahankan. Itulah sebagai balasan ilmu yang Allah berikan kepada aku selama ini. Ilmu yang dapat harus dimanfaat kepada orang lain. 

Bersyukur sangat bile tahun ni aku dah layak bergelar pengundi. Tittle yang aku tunggu2 sejak aku sekolah lagi. Teringat dulu masa tengah PRU, tak senang duduk tunggu keputusan. Tak silap aku masa tu tahun 2006. Pas menang dengan jumlah undian yang tipis je. Ade lah gurauan yang tak sedap didengar dari pihak pembangkang. Kalau Pas kalah, sekolah kami akan ditutup then tukar wat kilang mee segera. Masya-Allah, sayat hati dengar.Hinanya sekolah kami dimata dorang. Tak putus2 aku dok berdoa dan solat hajat moga kemenangan berpihak pada kami. Alhamdulillah, kuasa Allah. Kami menang. Syukur sangat sebab kami boleh pergi sekolah macam biasa (: (: (:

Hah, sape kata ngundi tak penting dan politik ni sampah je? Memang aku parang je terus. Ingat setiap undian kita akan effect nasib orang lain. Undi kezaliman maka kezalimanlah yang kita dapat. Ada nasib yang harus dibela dan dipertahankan. Make a wise decision. Use our gifted mind. InsyaAllah tolong agama, Syurga jadi jaminan. Allahu Akbar !

Gambar-gambar sekolah aku dulu. Semua ni aku amek dari blog kawan2. Maaf kerana amek tak bagitau. HalaL eh? Aku takde koleksi gambar sekolah. Time sekolah dulu takleh bawak kamera or enset. Kalau tak silap ni semua gambar lepas 2009. Jadi aku dah officially grad dah. Tak sempat ngan zaman aku. Alhamdullillah,sekolah dah lebih cantik dari zaman aku dulu.

Pagar depan, teringat time aku dok mlangak kat sini tunggu ayah datang amek

Kantin. Tak banyak berubah kecuali peti ais tu.hohoho

Blok hijau ni siap tahun  2007, aku form 4 time tu. Depan blok ni lah astaka (medan perhimpunan). Time sukan kat sinilah kami berlatih dan lawan. Kalau jatuh kopem luka teruk. Jatuh kat simen kot. Sakit woo. Kadang-kadang ade cermin neko yang pecah sebab kena bola. Kenapa main kat sini? Sebab kami takde padang,hohoho

Nilah bengkel kh kami, dengar kata sini dah jadi kelas untuk form 6. Kelas tak cukup jadi terpaksalah guna bengkel ni. Walaupon tak amek form 6, aku pon pernah merasa belajar dalam kelas  ni. 1 meja besar kongsi ngan 5@ 6 orang. Pusing blakang nampak tukul, gergaji, dan alatan kh yang lain (:

Jadi kemana undi anda semua????? ~~~~~ KU PILIH MENGUNDI DAN KU PILIH ISLAM !

Thursday, April 18, 2013

CUSTOMIZE BLOG

ASSALAMMUALAIKUM

bangun pagi-pagi kena senyum, petua awet muda tuh.. :)

Salam pagi jumaat semua. Cramp dah jari aku dok ejas settings blog dari tadi lagi. Lepas satu template ke dua ke tiga dan seterusnya template blog aku download. Ejas punya ekjas akhirnya ke tong sampah jua. Penat dah aku nak cari template yang sesuai. Lagipon dah lama aku tak design blog. Blog yang lama dulu aku pon tak ingat camne aku design. Well, melayu kan mudah lupa. Hah, kekgi kena kawin ngan foreigner la sebab tak anak aku jadi pelupa. Okey, tak lawak. 

Jeng jeng jeng, ni la design terakhir yang aku pilih. Tak lawa? Memang pon. Aku dah penat dah nak tukar yang lain. Akhirnya ku pilih tema warna hijau. Kenapa hijau?? Takde kena mengena ngan ideologi politik ok. Hijau memang wane feveret aku what. Suke tengok hijau rasa tenang je. Lagipon blog ni hanyalah sebagai tempat aku nak merapu je. Tak cantik pon takpe. Bukan ramai nak baca pon.Bukannye retis bagai nak mengharapkan ratusan followers. Kalau dok kat kampung musim2 ni kan best. Berselerak warna hijau di serata tempat. Tengok2 depan rumah aku pon ayah aku gantung bendera. Meriah je rasa. Cam nak raya pulak. Eh, ape kena mengena ? O..O

Hari ni jumaat, jadi memang takde kelas. Tapi aku ade kelas parenting je kol 5. Huargh, malas gile nak g kelas tuh. Bosan la asek2 discuss then present in group. Tapi kalau tak g kelas tu memang seharian aku tak wat pape. Melangak kat bilik je lah tengok running man. Takde keje lain .Pasni nak kemas bilik, basuh baju dan cadar bla bla bla. Kemain rancang, last2 tido. 

Jadi di hari Jumaat yang penuh barakah ni, aku nak share antara amalan-amalan sunnah yang simple untuk diaamalkan :

Nampak tak tulisan dalam gambar tuh? Kalau tak nampak tu tandanye nak ....... kena wat spek baru. Hahahaha. Bye.

FATTABIOUNI~ Ikutilah Aku

Assalammulaikum

Jam dah menunjkkan pukul 4.25 pagi dah sekarang. Daripada dok mlangak tak buat pape, internet dan fb je lah yang jadi peneman sepi. Bile bukak fb, semua orang dok kalut post pasal politik. Mentang-mentang lah PRU 13 dah dekat kan. Bosan asek2 benda yang sama. Politik politik je, takde isu lain. Eh, tetibe je marah. Biarlah dorang nak post ape pon kan. Fb dorang. Jadi aku beralih mengadap guru tak rasmi aku iaitu Papa Google. 

Aku teringat kawan aku pernah cakap dosa orang yang menghina, memperlekehkan orang lain dihadapan orang lain semata-mata untuk menjadikan sekadar bahan jenaka dosanya sangat besar. Dan dia akan dihumban ke neraka sejauh bintang di langit. Nauzubillah. Terkedu aku lepas dengar kawan aku cakap macam tu. Bile aku flashback balik, aku rasa aku pernah buat macam tu. Biasalah kan, pompuan bile berkumpul takde keje lain kalau tak bergosip. Astaghfirullahala'zim, besarnya dosa aku. 

Aku try jugak google cari nas pasal tu, tapi tak jumpe. Tapi aku terjumpa page ni Fattabiouni. Aku baca aku like and aku terus jatuh hati ngan page ni. What??? Baru nak like. Okey, aku tau yang korang dah berzaman like. Aku memang slalu lambat dalam semua perkara =,=' .  I'm lazy and i know it ~~~ . Aku baca setiap post dalam page tu. Motif utama page ni diciptakan (skema gile ayat ) ialah untuk menyebarkan sunnah- sunnah Rasullullah yang semakin dilupakan. Secara tidak langsung dapat menyemai rasa cinta dan sayang terhadap Rasullullah dan sunnah-sunnahnya. Murni sungguh usaha dorang. 

Rasullullah is the best role model. Setiap perilaku, pertuturan, dan perbuatan semuanya indah. Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar perkara diajar oleh Baginda. Sungguh dialah Murabbi insan yang paling mulia. Sungguh hatinya amat menyayangi ummatnya. Sehingga diriwayatkan dalam sebuah hadis :

Subhanallah, sayangnya Baginda terhadap kita semua. Bersyukur kerana terpilih mejadi ummatnya. Alhamdulillah. Jadi tugas yang tertinggal pada kita ialah untuk sama2 amalkan sunnah-sunnah kita sebagai tanda kasih dan cinta kita pada Rasullullah s.w.t. Nasihat kepada diri sendiri dan kepda semua. "Tegakkan syariat, hidupkan sunnah & sebarkan mahabbah"

p/s: Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Moga segala dosa lampau diampunkah oleh Allah. Ameen :'(

Saturday, April 13, 2013

National Leadership Conference 2013

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Secara rasminya NLC13 telah melabuhkan tirainya. Tak tahu ape tu NLC? Sila tengok tajuk entry kat atas. Walaupon aku takdelah menyumbangkan tenaga banyak sangat pon (selalu je curi tulang) tapi rasa letihnya tetap menusuk kalbu. Mau tak penat, ulang alik g meeting malam-malam. Dah la jauh hostel ngan centre. Berpeluh-peluh jalan nak g meeting. Tak kisahlah penat ke tak asal ikhlas ye dak?

Experience jadi komiti program memang best walaupon penat. Ahli biro aku yang lain pon semua sporting. Pendek kata semua bestlah senang. Komiti yang lain pon semua baik. Boleh diajak berunding dan bergosip (ye, gosip tu penting). Tak macam program yang aku penah join dulu. Mak aih, komiti dorang punyelah blagak. Siap pesan lagi, dia tak nak kerja ngan orang bawah yang dia tak kenal. Macam program dia pulak. Macam-macamlah ragam orang ni. 

Overall, program ni memang berbaloi la untuk join. Isu pendidikan ni sebenarnya penting. Ramai yang seolah-olah dah pinggirkan beberapa isu penting yang berlaku dalam sistem pendidikan kita sekarang. Memang tak dinafikan sistem pendidikan yang telah sedia ada sekarang lebih maju daripada dulu. Tahun- demi tahun tahap kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam meningkat. Tapi masih ada lagi benda-benda penting yang kita terlepas pandang. Contohnya kecemerlangan akedemik tidak selari dengan kecemerlangan sahsiah dan akhlak. Ada sesetengah sekolah yang just concern pasal pencapaian akedemik hingga mengabaikan faktor yang lain. End up, banyak masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Bunuh, bergaduh, buli, might even worse terlibat dengan kes dadah dan alkohol. 

Selain tu, jurang antara budak cemerlang ngan yang kurang cemerlang memang jauh. Kat skolah, cikgu-cikgu selalunye akan lebihkan budak pandai dari yang lain. Benda tu mungkin kita nampak sebagai fenomena yang normal, tapi ia mungkin akan mendatang kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Last2, budak yang kurang cemerlang akan terus terabai and dorang akan give up dari blaja. So, guru-guru sebenarnya memainkan peranan penting. Sometimes ade budak yang kurang pandai tapi mugkin dia ada kelebihan atau bakat yang lain. Bakat dorang harus dicungkil dan digilap agar ia tidak disia-siakan. 

Tapi sepanjang program ni berlansung, aku agak terkilan la sebenarnya. Isu dorang nak bawa memang gempak, tapi aku pon tak tahu kenapa program tu nampak macam layu je. Dok dalam dewan tu aku terkuap-kuap je. Panelist pon bercakap cam tak bersemangat. Maybe dorang letih kot. Tapi boleh diperbaiki lagi untuk masa hadapan, insyaAllah. Lastly, moga Allh redha dengan apa yang aku lakukan untuk hari ni. 

PUB PRO NLC (:

Tuesday, April 9, 2013

MY BUSY WEEK

ASSALAMMUALAIKUM

comel la merlin ni..hehehehe (ketawa sopan)

Dalam sibuk-sibuk pon boleh lagi update blog. Dah jadi habit agaknya. Oh tensennyewww. Mid-term dan esaimen datang bertubi-tubi. Buku dan nota silih berganti merayu perhatian aku =.='..Tapi aku yang buat derk kat dorang. Biasa la before dapat result eksen la ngan buku, tapi after dapat rasa macam nak rebus dan minum je buku tu..

Penat memang toksah cakap. Hari-hari ngadap buku je kerjanye. Pandai tu tak jugak. Opps, astaghfirullah. Takleh takleh. Belajar ilmu kena ikhlas. Tingkat prestasi dan kurangkan merungut. Ahaks. Tadi baru je aku check jadual final aku. Start 26 may- 6 june. Hoyeh, bukan aku yang last habis. Boleh balik awal lagi sem ni. Muahahaha (ketawa jahat). 

Esok aku ade dua mid-term. Subjek comparative politics ngan goverment finance. Goverment finance yang buat aku cuak. Dah la 30 markah. Belajar banyak tak faham. Adoyai.Kalau takleh jawab banyak kot markah hilang nanti. Tenangkan hati dan lapangkan minda. Mane boley surrender before berperang kan? May Allah ease everything for me. 

p/s: Semalam aku takleh tido, dengar bunyi macam-macam. Nak kata suara orang tak macam suara orang. Kol 3 lebih kot. Gile hape nak wat bising time tu. 2-3 kali jugak dengar. Oh, apekah?

Saturday, April 6, 2013

WHY POLITICAL SCIENCE

ASSALAMMUALAIKUM

Best bangun pagi-pagi dan hirup udara pagi yang nyaman. Fresh sangat-sangat. Alhamdulillah dapat menikmati salah satu dari nikmat- nikmat Allah pada pagi ni. Entah ape mimpi aku bangun awal hari ni. Okay, back to the topic.

 Ramai orang tanya aku ape jurusan aku amek kat uia. Then bile aku jawab aku amek sains politik, muke dorang start berkerut-kerut tanda ade persoalan lain di benak dorang. "Kau amek politik bagai ni nak jadi politician ke hape? Stakat nak jadi politician blaja ape pon takpe. Gelap la masa depan kau amek politik sebab budak politik susah nak dapat keje." Hah amek. Bertubi- tubi aku kena. Then aku reply. Owh, betul ke mak cik susah dapat keje? tak tau pulak saya. Mak cik ade kenal ke sape-sape amek politik selain dari saya??? Die jawab tak kenal pon. Tapi orang cakap la. Damn.

Political scientist ngan politician ni dua benda yang berbeza ye adik kakak semua. Bile budak-budak sains politik ni dah grad, dorang bebas nak pilih kerja ape yang dorang nak. Tak semestinya jadi orang politik je. Tapi kalau dah rezki jadi orang politik ape salahnye kan. Lagi bagus kalau politician kite dari orang yang belajar dan faham pasal nature politik tu sendiri.

Ape kejadahnya sains politik tu? Ape yang kena blaja dalam course tersebut

 Kalau kat uiam, scope yang kitorang blaja kat sini lagi luas. Dalam tempoh 4 tahun wat degree, students kena habiskan 16 subjek core politics dan kena tambah 8 subjek lagi untuk specialization course. Dan special untuk budak2 uia lagi, dorang kena amek lagi 8 subjek elektif (subjek dari course lain) dan 4 subjek intro human sciences. Geez, thats a lot. Aku tak tau korang paham ke tidak ape aku cakap ni. Senang cakap korang datang uia dulu baru korang akan paham. Hahaha

So, subjek2 core yang diajar merangkumi International Relations, Comparative Politics, Economics,Law, Govermnent Finance, Public Admin, Theory, History and others.  So bile dah habis amek 16 subjek core, korang kena tambah lagi 8 subjek specialization dari International Relations, Public Admin, Comparative Politics dan Politcal Theory. Ikut minat la amek ape pon asal ckup 8 subjek. Course work kitorang selalunya akan ade mid term, esaimen, presentation dan final exam. Kebanyakkan subjek kena wat esaimen. Dan markah esaimen tersangatlah banyak. Ade tu sampai 30 markah. Dan lecturers kesayangan kami sangatlah alergik ngan plagiarism. Dorang akan bagi markah 0 tanpa budi bicara kepada student yang terlibat ngan xtvt copy and paste ni. 30 markah ilang tak ke naya weh.

Blaja politik memang kena banyak membaca ( walaupon aku tak suke membaca). Kena tau sal history dan current issues. So surat khabar tu memang akan jadi kawan baik korang. Lectures memang dalam English sebab uia memang guna English. Tambah2 lecturer politics ni kebanyakannye foreigners. So memang guna English la kan. Susah ke tidak blajanye? Aku teringat lecturer aku penah cakap "Saya akan bagi A hanya untuk orang yang betul2 layak je." So boley kata nak dapat A tu mustahil la untuk aku. Tapi kalau korang ni memang excellent dalam belajar takkan ade masalah la kot.

Kat Uia je ke ade course ni?

Kalau korang ni antara yang tak berapa berminat nak masuk uia, ade berita baik untuk korang. Selain uia, ade lagi beberapa universiti mesia lain yang offer course ni. Contoh kat USM dan UKM. So korang bley la daftarkan diri kat sana. Prospek blaja kat sana aku tak sure sama ke tak cam kat uia. Korang kena tanya student dorang sendiri la ye.

Scope kejenye camne?

Disebabkan aku tak grad lagi, aku pon tak berapa tahu sangat. Bidang politik ni sebenarnya luas. Memang lah takde bidang keje specific untuk kitorang. Tapi kitorang bley keje dalam bidang pape je yang kitorang suka. Contoh dalam sektor kerajaan, pentadbiran, education, takpon kalau nak lebih mencabar jadi penulis bebas ke ape. Bergantung pade minat la. For me, aku suke penulisan. Mungkin aku akan melibatkan diri dalam bidang berkaitan ngan penulisan pas grad nanti. Bagi aku keje ape pon tak penting. Yang penting ilmu yang aku dapat selama aku blaja kat uia dapat share ngan orang lain. Teringat kata Prof Rashid, antara punca kelemahan umat Islam sekarang ialah disebabkan dorang ni tak jaga warisan ilmu dorang. Blaja bidang lain tapi keje bidang lain disebabkan desakan kewangan. Akhirnya, ilmu yang dipelajari tu akan beransur-ansur hilang dan tidak dapat diwarisi oleh orang lain (tq u sir for ur advice, may Allah bless u).

Ramai budak2 yang grad dari political scinces menganggur, tak takut ke?

Aku tak penah pulak buat statistik pasal mende ni. Mungkin betul mungkin tidak. Ramai je yang menganggur tapi bukan dari political science. Aku setuju. Memang susah nak dapat keje skrang. Tapi bab rezki ni aku serah kat Allah. Aku tawakkal je. Bagi aku takkan sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak. Setiap langkah kita mencari ilmu tu Allah dah titipkan keberkatan. InsyaAllah, buat apa yang Allah redha hidup akan senang. Aku enjoy setiap masa aku habiskan untuk blaja kat sini. Tekad untuk jadi orang berilmu dan manfaatkan kepada masyarakat nanti. InsyaAllah.

Annyong, Hello, Sawadikap, Bonjour

Assalammualaikum

My first entry evaaa. Excited gila nak buat post baru dalam blog baru. Sebelom ni aku dah ada belog sebenarnya. Tapi aku dah delete disebabkan oleh beberapa sebab yang munasabah. Maklumlah dulu time memula buat blog tu aku muda belia lagi. Ilmu pon ciput lagi. Rasa malu pulak bile bace tulisan-tulisan lampau aku. No young man, no matter how great, can know his destiny. He cannot glimpse his part in the great history that is about to unfold.Like everyone he must live and learn.Eh,tetibe aku termelalut ngan skrip crite Merlin pulak. Well i agree with that. Everyone is created by Allah for their great destiny. All of us must live and learn every single things includes from our mistakes. Life is all about learning. Its ok if we done anything wrong mistakes, but its not okay if we do not learn anything from it. Right dearies?

Let me introduce myself first. My name is Nik Nurhafizah. U can call me nik @ hafizah. I'm  Kelantanese ***terpampang nama nik kat depan. Skrang umor aku dah menjangkau 22 taun. Hah, means that aku dah cukup umor untuk mengundi dalam PRU 13 nanti. Hoyeh.  Pelajar tahun ketiga Ijazah Sains Politik di UIAM. Anak ke4 dari 4 adik beradik. And bla bla bla.. Takkan sume details aku nak gitau kan..
Lastly, salam perkenalan untuk semua yang membaca ***kalau adolah. Selamat membaca hasil tulisan aku yang tak seberapa ni. Peace no war :)