Dalam banyak2 manisfesto PR ni, yang paling aku suke ialah Hapus PTPTN dan berikan pendidikan percume. Ramai dok debate isu pendidikan percuma. Ade yang kata patut ade yang kata tak patut disediakan. Kekgi kalau bagi semua percuma budok2 skolah jadi semakin malas dan tak bersyukur ngan bantuan kerajaan. Tambah beliau lagi, budak2 miskin lagi rajin nak belajar sebab dorang ni telah dimotivasikan oleh kemiskinan dan kekurangan yang dorang alami. Sekali dengar macam logik jugak kan.
Bagi sendiri, aku setuju bila gov allocate financial dorang lebih kat sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang sedia ada masih lagi banyak kekurangan. Macam aku contohnya, aku asal dari sekolah SAR (sekolah agama rakyat). Bagi sape2 yang tak kenal camne la skolah kami ni, sila lah datang melawat kami di kelantan. Dan bile korang dah sampai sana, janganlah korang terkejut sampai terkena heart attack. Ya, sekolah kami sangat Dhaif dan sangat menyayat hati. Kawasan sekolah yang sangat kecik, bangunan sekolah pon dah uzur, dan kelas pon tak banyak. Pernah dulu time kelas tak cukup, kitorang terpaksa pindah kelas kami ke Musolla sekolah dan Bengkel KH. Seksa jangan cakap la. Belajar dalam suasana tak selesa. Facilities yang lain pon tak cukup. Kadang-kadang buku teks pon kena beli sendiri. Sedih kan?
Kadang-kadang ade jugak la suara sumbang yang kata padanlah ngan muka kitorang. Kitorangkan sekolah under pembangkang. Tu pasal gov tak amek peduli. Memang betul. Selama ni, kerajaan negeri yang tadbir sekolah kami. Hasil perbelanjaan pon datang dari dorang. Nasib baik, ade dorang yang nak bela nasib kami sebagai pelajar sekolah agama macam kerajaan negeri Kelantan. Kerana usaha doranglah, martabat sekolah agama naik. Sampai sekarang orang dah kenal dan kagum ngan pelajar dari sekolah bernama Maahad.
Kalau nak kira, kami pon kena dilayan sama seperti pelajar sekolah menengah biasa. Berhak mendapat hak kami. Yang berbezanya kami cuma belajar agama dan berada di bawah naungan pihak pembangkang. Ape salahnya belajar agama? Sedangkan Islam merupakan agama rasmi. Tidak seharusnya hak pelajar agama ditentang. Kalau nak kata kami salah disebabkan kami berada di pihak pembangkang, kami rasa kami tak salah. Malaysia mengamalkan demokrasi, dan Pas memerintah disebabkan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kelantan. Kuasa dorang legal dari segi undang-undang. Jadi central gov mesti adil. Peruntukan yang dorang berikan kepada kerajaan Negeri Kelantan mesti adil sama seperti peruntukkan yang diberikan kepada negeri yang diperintah pihak kerajaan. Peruntukkan yang diberikan oleh central gove tulah yang akan digunakan untuk membaiki dan menampung perbelanjaan sekolah kami.
Bersyukur sangat bile tahun ni aku dah layak bergelar pengundi. Tittle yang aku tunggu2 sejak aku sekolah lagi. Teringat dulu masa tengah PRU, tak senang duduk tunggu keputusan. Tak silap aku masa tu tahun 2006. Pas menang dengan jumlah undian yang tipis je. Ade lah gurauan yang tak sedap didengar dari pihak pembangkang. Kalau Pas kalah, sekolah kami akan ditutup then tukar wat kilang mee segera. Masya-Allah, sayat hati dengar.Hinanya sekolah kami dimata dorang. Tak putus2 aku dok berdoa dan solat hajat moga kemenangan berpihak pada kami. Alhamdulillah, kuasa Allah. Kami menang. Syukur sangat sebab kami boleh pergi sekolah macam biasa (: (: (:
Hah, sape kata ngundi tak penting dan politik ni sampah je? Memang aku parang je terus. Ingat setiap undian kita akan effect nasib orang lain. Undi kezaliman maka kezalimanlah yang kita dapat. Ada nasib yang harus dibela dan dipertahankan. Make a wise decision. Use our gifted mind. InsyaAllah tolong agama, Syurga jadi jaminan. Allahu Akbar !
Gambar-gambar sekolah aku dulu. Semua ni aku amek dari blog kawan2. Maaf kerana amek tak bagitau. HalaL eh? Aku takde koleksi gambar sekolah. Time sekolah dulu takleh bawak kamera or enset. Kalau tak silap ni semua gambar lepas 2009. Jadi aku dah officially grad dah. Tak sempat ngan zaman aku. Alhamdullillah,sekolah dah lebih cantik dari zaman aku dulu.
![]() |
| Pagar depan, teringat time aku dok mlangak kat sini tunggu ayah datang amek |
![]() |
| Kantin. Tak banyak berubah kecuali peti ais tu.hohoho |
Blok hijau ni siap tahun 2007, aku form 4 time tu. Depan blok ni lah astaka (medan perhimpunan). Time sukan kat sinilah kami berlatih dan lawan. Kalau jatuh kopem luka teruk. Jatuh kat simen kot. Sakit woo. Kadang-kadang ade cermin neko yang pecah sebab kena bola. Kenapa main kat sini? Sebab kami takde padang,hohoho
Nilah bengkel kh kami, dengar kata sini dah jadi kelas untuk form 6. Kelas tak cukup jadi terpaksalah guna bengkel ni. Walaupon tak amek form 6, aku pon pernah merasa belajar dalam kelas ni. 1 meja besar kongsi ngan 5@ 6 orang. Pusing blakang nampak tukul, gergaji, dan alatan kh yang lain (:
Jadi kemana undi anda semua????? ~~~~~ KU PILIH MENGUNDI DAN KU PILIH ISLAM !









No comments:
Post a Comment