Saturday, April 13, 2013

National Leadership Conference 2013

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Secara rasminya NLC13 telah melabuhkan tirainya. Tak tahu ape tu NLC? Sila tengok tajuk entry kat atas. Walaupon aku takdelah menyumbangkan tenaga banyak sangat pon (selalu je curi tulang) tapi rasa letihnya tetap menusuk kalbu. Mau tak penat, ulang alik g meeting malam-malam. Dah la jauh hostel ngan centre. Berpeluh-peluh jalan nak g meeting. Tak kisahlah penat ke tak asal ikhlas ye dak?

Experience jadi komiti program memang best walaupon penat. Ahli biro aku yang lain pon semua sporting. Pendek kata semua bestlah senang. Komiti yang lain pon semua baik. Boleh diajak berunding dan bergosip (ye, gosip tu penting). Tak macam program yang aku penah join dulu. Mak aih, komiti dorang punyelah blagak. Siap pesan lagi, dia tak nak kerja ngan orang bawah yang dia tak kenal. Macam program dia pulak. Macam-macamlah ragam orang ni. 

Overall, program ni memang berbaloi la untuk join. Isu pendidikan ni sebenarnya penting. Ramai yang seolah-olah dah pinggirkan beberapa isu penting yang berlaku dalam sistem pendidikan kita sekarang. Memang tak dinafikan sistem pendidikan yang telah sedia ada sekarang lebih maju daripada dulu. Tahun- demi tahun tahap kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam meningkat. Tapi masih ada lagi benda-benda penting yang kita terlepas pandang. Contohnya kecemerlangan akedemik tidak selari dengan kecemerlangan sahsiah dan akhlak. Ada sesetengah sekolah yang just concern pasal pencapaian akedemik hingga mengabaikan faktor yang lain. End up, banyak masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Bunuh, bergaduh, buli, might even worse terlibat dengan kes dadah dan alkohol. 

Selain tu, jurang antara budak cemerlang ngan yang kurang cemerlang memang jauh. Kat skolah, cikgu-cikgu selalunye akan lebihkan budak pandai dari yang lain. Benda tu mungkin kita nampak sebagai fenomena yang normal, tapi ia mungkin akan mendatang kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Last2, budak yang kurang cemerlang akan terus terabai and dorang akan give up dari blaja. So, guru-guru sebenarnya memainkan peranan penting. Sometimes ade budak yang kurang pandai tapi mugkin dia ada kelebihan atau bakat yang lain. Bakat dorang harus dicungkil dan digilap agar ia tidak disia-siakan. 

Tapi sepanjang program ni berlansung, aku agak terkilan la sebenarnya. Isu dorang nak bawa memang gempak, tapi aku pon tak tahu kenapa program tu nampak macam layu je. Dok dalam dewan tu aku terkuap-kuap je. Panelist pon bercakap cam tak bersemangat. Maybe dorang letih kot. Tapi boleh diperbaiki lagi untuk masa hadapan, insyaAllah. Lastly, moga Allh redha dengan apa yang aku lakukan untuk hari ni. 

PUB PRO NLC (:

No comments:

Post a Comment