ASSALAMMUALAIKUM
![]() |
bangun pagi-pagi kena senyum, petua awet muda tuh.. :) |
Salam pagi jumaat semua. Cramp dah jari aku dok ejas settings blog dari tadi lagi. Lepas satu template ke dua ke tiga dan seterusnya template blog aku download. Ejas punya ekjas akhirnya ke tong sampah jua. Penat dah aku nak cari template yang sesuai. Lagipon dah lama aku tak design blog. Blog yang lama dulu aku pon tak ingat camne aku design. Well, melayu kan mudah lupa. Hah, kekgi kena kawin ngan foreigner la sebab tak anak aku jadi pelupa. Okey, tak lawak.
Jeng jeng jeng, ni la design terakhir yang aku pilih. Tak lawa? Memang pon. Aku dah penat dah nak tukar yang lain. Akhirnya ku pilih tema warna hijau. Kenapa hijau?? Takde kena mengena ngan ideologi politik ok. Hijau memang wane feveret aku what. Suke tengok hijau rasa tenang je. Lagipon blog ni hanyalah sebagai tempat aku nak merapu je. Tak cantik pon takpe. Bukan ramai nak baca pon.Bukannye retis bagai nak mengharapkan ratusan followers. Kalau dok kat kampung musim2 ni kan best. Berselerak warna hijau di serata tempat. Tengok2 depan rumah aku pon ayah aku gantung bendera. Meriah je rasa. Cam nak raya pulak. Eh, ape kena mengena ? O..O
Hari ni jumaat, jadi memang takde kelas. Tapi aku ade kelas parenting je kol 5. Huargh, malas gile nak g kelas tuh. Bosan la asek2 discuss then present in group. Tapi kalau tak g kelas tu memang seharian aku tak wat pape. Melangak kat bilik je lah tengok running man. Takde keje lain .Pasni nak kemas bilik, basuh baju dan cadar bla bla bla. Kemain rancang, last2 tido.
Jadi di hari Jumaat yang penuh barakah ni, aku nak share antara amalan-amalan sunnah yang simple untuk diaamalkan :
Nampak tak tulisan dalam gambar tuh? Kalau tak nampak tu tandanye nak ....... kena wat spek baru. Hahahaha. Bye.
No comments:
Post a Comment